Tuesday, October 25, 2011
Emotions
Dalam kehidupan penuh dengan perkara-perkara yang kadang-kadang kita tidak tahu apa yang akan berlaku akan datang? Perasaan setiap manusia tidak dinafikan yang kadang-kadang kita ada masa kita sedih,gembira,kecewa,tidak percaya benda akan berlaku. Apa yang paling penting kita kena berfikiran positif terhadap semua orang, akan tetapi kita juga perlu memaafkan orang lain juga adalah kerana sedangkan Nabi kita pun memaafkan umatnya inikan kita. Memang tidak dinafikan, tapi apabila kita dikecewakan oleh orang yang kita percaya tetapi telah meragut kepercayaan itu adalah sangat-sangat kecewa yang teramat. Kenapa dalam kehidupan adanya cabaran dan dugaan, ini adalah kerana Allah ingin menguji kita sejauh mana kita boleh bersabar dengan ujianNya. Aku seorang yang lemah yang sentiasa menangis apabila diuji sebegini. Kenapa dalam kehidupan ini aku sering dilukai oleh seseorang yang suka buat aku rasa bersalah? Aku tidak pernah menganggap kau adalah musuh aku,tetapi kenapa kau menganggap aku sebegitu. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan setiap manusia bukan? Aku dah maafkan kesalahan setiap orang dan apabila aku tidak bertegur dengan korang,bagilah aku masa untuk bercakap dengan korang semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment